Breaking

Tuesday, October 13, 2020

Gambar Google


Assalamualaikum dan Salam Sayang

Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Semniga tips ini dapat membantu anak-anak dalam pembelajara

LUPAKAN YANG LAIN.

Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti berbual, berhenti suruh orang diam dan berhenti berangan. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang!

BERSEDIA APA YANG AKAN DIAJAR OLEH GURU

Sebelum cikgu mula mengajar satu topik, setkan dalam minda

• Topik apa yang akan diajar oleh cikgu? Apa yang penting agaknya dalam topik ini?

• Topik ini ada kaitan atau tidak dengan  topik sebelum ini.

Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula, LEBIH BAGUS!

CONTENG KERTAS KOSONG, BUAT CATATAN.

Semasa cikgu mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa kita tidak faham, contengkan di atas kertas kosong. Apa yang faham semasa cikgu mengajar, contengkan juga.

RAJIN-RAJIN BUAT LATIHAN

Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu kita.

TANYA DAN MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH MENCUBA.

Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu dengan bersungguh- sungguh, kemudian baru bertanya. 

BACA SEMULA APA CIKGU AJAR SEBELUM 48 JAM.

Kajian saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini,mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA!

SEMOGA BERMANFAAT


11 comments:

  1. Teringat tips ini waktu belajar di sekolah.

    ReplyDelete
  2. Pesanan yang sama cikgu bagi masa sekolah dulu :)

    ReplyDelete
  3. bila menulis sambil belajar itu akan lebih senang nak ingat kan

    ReplyDelete
  4. good sharing ni cikgu... dah besar masok bilik meeting pun perlu focus juga ... sbb skrg semua video call hhehehe

    ReplyDelete
  5. Saya sntiasa biasakan conteng di kertas atau buku utk buat catatan, sbb dulu cikgu saya pernah ckp , orang yang pandai takkan biarkan kertas atau bukunya tak berconteng (catatan).

    ReplyDelete
  6. Betul cikgu, kalau ditanya pada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tapi jenis tak nampak pun bila dia study, rahsianya FOKUS pada penerangan guru.

    ReplyDelete
  7. Berhenti suruh orang diam lebih bising dari orang buat bising 🤭

    ReplyDelete
  8. Tips berguna ni..terima kasih cikgu bada :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas tips dan perkongsian cikgu

    ReplyDelete