Breaking

Sunday, October 4, 2020

Akibat Parkir Sesuka Hati

google

Assalamualaikum dan Salam Sayang


Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.

Dia bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.

“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.



“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Dia kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca. Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh beliau untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi arkir haram.

13 comments:

  1. salam cikgu..

    woww.. daring betul datuk bandar dia.

    ReplyDelete
  2. dekat batu feringgi kan, diorg mmg suka parkir sesuka hati, bus nak lalu pun susah.. sometimes, bus langgar jew huhuhuh

    ReplyDelete
  3. wow berbisa datuk bandar ny hihih ..kalau mcm ni masing2 better beli motor senang nak parking...kalau tak pn naik basikal..

    ReplyDelete
  4. Bertimbang rasalah dengan pengguna jalan raya yang lain.

    ReplyDelete
  5. Drastik tindakan datuk bandar itu.

    ReplyDelete
  6. fuh, ini baru betul2 walk the talk

    ReplyDelete
  7. Cubalah buat kat Malaysia kalau berani

    ReplyDelete
  8. Wow, Datuk Bandar pijak kereta Merc tu dengan kereta kebal. Lepastu dia balik naik basikal. Humble betul. Huhu..

    ReplyDelete
  9. kalau buat gitu kat malaysia bagus jugak... hahahhah ramai bebeno yang parking sesuka hati terutama kete yang mahal gini

    ReplyDelete
  10. bengang juga dgn mereke yg parking sesuka hati. kalau x nyusahkan org takpe tapi byk yg nyusahkan

    ReplyDelete
  11. pengajaran yang bagus. mesti tak ada orang cuba parkir sesuka hati dah lepas ni

    ReplyDelete
  12. Bagus bagi pengajaran begini supaya orang mematuhi etika parking kereta.

    ReplyDelete
  13. Wah cara pendekatan Yang extreme , kalau buat kat sini habis mengamuk

    ReplyDelete