Breaking

Tuesday, August 11, 2020

Khasiat Peluk Isteri

gambar google la

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Ada  kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Itu semua bukan saya cakap…tapi itu kata pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


11 comments:

  1. Peluk isteri kerana Allah.Dan isteri pun peluk suami kerana Allah.Moga kebaikkan dan manfaatnya berterusan.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Pagi kelmarin dengar ceramah pagi di radio dalam perjalanan ke tempat kerna tentang kuasa sentuhan sebegini. Belah petangnya pula, dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja, dengar ulangan ceramah pagi tentang perkara sama.

    ReplyDelete
  3. Hari2 wajib peluk anak2, sambil2 tu bolehlah peluk ayah diorang sekali haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah masih amalkan :)
    tq sharing cikgu :)

    ReplyDelete
  5. PARA SUAMI PATUT AMALKANNYA TU ..PERBUATAN MUDAH MENAMBAH MESRA N KASIH SAYANG ANTARA PASANGAN

    ReplyDelete
  6. Nak kena cari suami dulu lah ni.. hehehe

    ReplyDelete
  7. sian yg single baca entry ni hehehe

    ReplyDelete
  8. tak dan nak peluk time pagi tu.... nak cepat hehehehe

    ReplyDelete
  9. ooo kene duduk dengan suami cepat2 ni..supaya cepat kurus...hahahahah

    ReplyDelete
  10. Sekarang sebelum pergi kerja okaylah nak peluk. tapi sejak covid ni balik kerja tak boleh terus peluk. huhu

    ReplyDelete
  11. Hmmm belum ada isteri nak peluk 🤭

    ReplyDelete