Breaking

Sunday, August 2, 2020

Iktibar Daripada Seekor Cicak

Pinjam gambar Google


Assalammualaikum Dan Salam Sayang

Dia makan serangga yang terbang. Tapi dia sendiri tidak boleh terbang. Kalau ikut hukum akal, dia akan mati tak makan. Tapi rezekinya tetap ada. Serangga yang menjadi makanannya akan terbang berhampiran dengannya sehingga dia boleh menangkapnya. Siapakah yang merencanakan supaya serangga itu terbang mendekati cicak itu sedangkan dunia ini luas terbentang untuk mereka bebas terbang. Allah yang menjadikan cicak dan Allah menjamin rezekinya. Allah maha besar rahmatNya dengan tidak membiarkan dia mati kelaparan.

Selanjutnya kalau kita fikirkan cara hidup cicak ini lagi menakjubkan kita akan kebijaksanaan dan kesempurnaan ciptaan Allah. Dia berjalan dengan belakang ke bawah dan kaki ke atas. Dia tak pernah terjatuh, kecuali sudah sampai ajalnya. Sedangkan kita yang berjalan tegak di atas muka bumi ini entah berapa kali tersembam.

Lihat pula kejadian fizikal dia. Ekornya boleh putus tanpa memudaratkan dia. Kalau kaki kita putus macam tu, mungkin tiga bulan menjadi penunggu hospital. Subhanallah.

17 comments:

  1. Renungan.
    Benci cicak dalam rumah.

    ReplyDelete
  2. saya geli tengok cicak. gemuk2 kat garaj rumah

    ReplyDelete
  3. M. Nasir kata, betul kata cicak

    ReplyDelete
  4. cicak ni jahat sebab tahinya banyak atas lantai. geram tul!

    ReplyDelete
  5. cicak itu sebenarnya sunat untuk dibunuh, ada kisahnya di jaman rosululloh karena sudah memberitahu musuh saat rosululloh bersembunyi
    silahkan search lagi di google takutnya saya salah

    ReplyDelete
  6. alamak !! saya nampak bayang dia jaaaa jadi x keruan da..
    tapi bab rezeki tu saya setuju. Allah dah rencanakan da. setiap ciptaanNya ada
    bahagian rezeki masing2..

    ReplyDelete
  7. setiap ciptaan-Nya ada kelebihan dan kekurangan...

    ReplyDelete
  8. Nak jatuhkan cicak senang aje
    spray dengan air sabun atau syempoo, jatuh tergoleklah ia.

    ReplyDelete
  9. SUBHANALLAH KEJADIAN MENGAGUMKAN

    ReplyDelete
  10. betul..cicak haiwan yang ajaib bagi saya. Kadang lalat tu jauh jugak dari dia, tapi pantas betul dia tangkap.Guna lidah je.

    ReplyDelete
  11. kan....dia makan serangga terbang....sedangkan dia sendiri xboleh terbang....indahnya ciptaan dan aturan ALLAH....

    ReplyDelete
  12. Teringat lagu zaman kanak-lkanak tadika:
    Cicak-cicak di dinding,
    Diam-diam merayap,
    Hap!
    Lalu ditangkap!

    ReplyDelete
  13. adik saya sangat fobia dengan cicak, saya ok lg cuma geram dia berak merata hehehhe

    ReplyDelete
  14. Walaupun cicak, Allah dah tetapkan rezeki untuknya

    ReplyDelete
  15. Subhanallah, tiada satu pun ciptaan Allah sia2.

    ReplyDelete
  16. Setiap ciptaan Allah itu ada kelebihan dan kekurangannya.. tapi cicak itu, memang Cik TK kurang gemar sebab tahinya merata-rata..

    ReplyDelete
  17. ambil iktibar dan fikirkan apa yang perlu kita buat. Sesungguhnya manusia adalah sebaik baiknya ciptaan Allah dan setiap ciptaan Allah ada sebabnya.

    ReplyDelete