Breaking

Tuesday, July 28, 2020

Tiada adab pakai baju gambar manusia ketika solat


Assalamualaikum Dan Salam Sayang

Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.
Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.

“Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

“Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.

Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

“Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya.

12 comments:

  1. Suami saya selalu pesan benda ni, kalau belikan baju dia kot2 nak bagi hadiah, jangan yang ada corak muka etc.. susah nak solat katanya

    ReplyDelete
  2. Kalau sembahyang berjemaah di masjid
    akan mengganggu kekhusuqan jemaah lain di belakangnya.

    ReplyDelete
  3. Kalau ke masjid seeloknya jgn pakai yg bergambar dan ada tulisan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. solat sah, InshaaAllah, tapi itulah kurang adapnya..tapi ada jg yg dakwa, walaupun baju mcm tu, lebih baik solat drpd tinggal solat...pening golongan mcm ni..

    ReplyDelete
  6. kalau baju suami sy biasanya ada logo right tu jer

    ReplyDelete
  7. betull. Nampak tak beradab. Lagi satu nampak tak bersedia untuk solat atau tak fikir pun pasal solat. Sebelum pakai mana2 baju tu fikir dulu, jap lagi nak solat boleh ke solat dengan baju macam ni. Jadi kena beringat awal2 la. Kena bersedia..

    ReplyDelete
  8. setuju sgt. jgn pakai baju ada gambar manusia atau haiwan..

    ReplyDelete
  9. benda ni kena diajar dari kecil.. bila da besar baru nak tegur mmg susah sikitla.
    dari kecil kena diterapkan rasa hormat..

    ReplyDelete
  10. setuju sgt. kalau kita nak pergi hadap org kenamaan pun dah tentu kita akan ikut protokol. pakai elok2. apatah lagi kita nak menghadap Sang Pencipta. jd mestilah kita jadi lebih beradab

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya seorang muslim sedia maklum tentang pemakaian dan adab bila nak menghadap Allah. Tapi itulah ada yang kurang mengambil kisah.

    ReplyDelete