Breaking

Sunday, July 19, 2020

RM50 Kredit e-wallet Dijangka Pada Hujung Julai 2020


sumber google

Assalamualaikum dan Salam Sayang,
Sebelum ini , kerajaan ada mengumumkan bahawa akan memberikan kredit e-wallet sebanyak RM50 kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Pengagihan ini dijadualkan  pada bulan Julai 2020 ini, tetapi sehingga kini, mekanisma penuh berkaitan dengannya masih tidak diumumkan. Menurut Menteri Kewangan pemberian ini  akan diberikan kepada rakyat Malaysia pada penghujung Julai 2020 ini.

Menurut kerajaan ini ialah salah satu usaha untuk mengalakkan transaksi nirsentuh – salah satu kaedah yang ditekankan pada era norma baharu kini.
Kredit sebanyak RM50 ini juga akan turut dipadankan dengan penawaran diskaun dan juga pulangan tunai bernilai RM50 oleh para pengusaha bagi pembelian fizikal.

Mekanisma penuh untuknya tidak diumumkan lagi, tetapi sebelum ini ia telah diperkatakan pengguna perlu mempunyai aplikasi MySejahtera sebelum dapat menikmati kredit e-wallet sebanyak RM50 ini.

11 comments:

  1. OO...memang ada rupanya..Ingatkan kabar angin je.. Jarang2 buka MYsejahtera tu. nasib baik tak uninstall..hahahah

    ReplyDelete
  2. saya baru tahu ni hehe.. jarang update.
    kalau betul ni memang berita best =D

    ReplyDelete
  3. harap dpt berbelanja dgn berhemah😊

    ReplyDelete
  4. sy ternanti2, walaupun 50, siapa nak bagi, kan

    ReplyDelete
  5. Kenapa masih berteka-teki? X sabar nk duit ni.

    ReplyDelete
  6. opss saya belum install mysejahtera lak

    ReplyDelete
  7. RM50, boleh belanja anak2 KFC ni hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kerajaan prihatin..tq kerajaan

    ReplyDelete