Breaking

Friday, July 17, 2020

Utusan Malaysia Bakal Kembali

gambar FB utusan
Assalamualaikum Dan Salam Sayang,

UTUSAN Malaysia akan mula diterbitkan semula pada Julai dengan 48 halaman, menurut para wartawan yang diserap ke dalam syarikat baharu pemilik akhbar tersebut.

Akhbar bahasa Melayu pertama, Utusan Malaysia bakal kembali ke pasaran pada hari Isnin, 20hb Julai ini. Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak Media Mulia Sdn. Bhd. iaitu pemilik baharu akhbar tersebut melalui laman media sosial rasmi Utusan Malaysia.



Utusan Malaysia telah berhenti operasi serta merta pada bulan Oktober tahun lepas selepas syarikat akhbar tersebut tidak dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka akibat masalah kewangan.

Namun, syarikat Aurora Mulia milik Syed Mokhtar Al-Bukhary telah memperoleh majoriti saham dalam anak syarikat Utusan, Dilof Sdn. Bhd. sebelum penutupan akhbar tersebut.

Utusan Malaysia akan kembali bersama-sama akhbar Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad yang merupakan akhbar kembarnya.


15 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya dulu x pernah missed beli MM setiap Ahad.

    ReplyDelete
  2. Tidak sabar. Harap makin mantap isi kandungan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tak sabar. Ayah mertua Kak Feni hari-hari beli akhabar Utusan. Ni berita gembira untuk beliau.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Baru sembang dengan en suami cakap kan bagus kalau utusan hidup semula..sebab ada peminat dan pelanggan setianya tersendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal cikgu...

    Semoga dipermudahkan. Sayang jjka utusan terkubur selamanya :(

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH SEMOGA LANCAR OPERASI BERTERUSAN

    ReplyDelete
  7. skrg dh zaman internet online jeeew., wak dh x beli suratkhabar ., huhuhu

    ReplyDelete
  8. Bagus la.. Ramai bekas pekerja nya terkesan dengan penutupan Utusan dulu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..ramai yang boleh bekerja semula nanti.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. walaupun x adalah fan tapi masa tutup tu sedih jugak tengok..

    ReplyDelete
  11. bagus syarikat yg ambil inisiatif utk trs kn akhbar legend ni��

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah mama tumpang gembira

    ReplyDelete