Breaking

Thursday, June 11, 2020

UNIFI VS Maxis Home Fiber

Add caption

Gambar dari Google



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mana best,mana laju..antara soalan yang biasa ditanya Saya pernah menjadi pelanggan UNIFI dan sekarang ni pengguna MAXIS HOME FIBER. Sebenarnya saya ni pengguna tegar Internet..Boleh dikatakan menghabiskan sebahagian besar masa dengan Internet..Bak kata orang hidup tak lengkap tanpa Internet…kununnya lah.



Saya pengguna Telekom Malaysia (TM) sejak zaman dial up lagi. Masa tu dipanggil TM NET dan satu lagi JARING.Kelajuan yang ditawarkan sekitar 14.4 kbps sehingga 28.8 kbps. Mana yang agak berada atau kluster kayangan boleh lah langgan pakej 56kbps. Sebelum dihubungkan dengan Internet kita kena buat sambungan secara manual seperti gambar di atas dengan memasukkan user name dan password secara manual. Nanti berlakunya proses yang dinamakan 'dial up' untuk dihubungkan dengan Internet..Semasa 'dial up' tu keluar bunyi yang agak unik


 MANA BAGUS

       Cukuplah merepek pasal zaman dulu..Ni nak cerita mengenai UNIFI.Lama juga saya guna UNIFI ni setelah upgrade daripada STREAMYX. UNIFI ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh TM.Segala infrastruktur disediakan oleh TM. Manakala MAXIS FIBER pula menumpang infrastruktur TM. Jadi jangan terkejut kalau semasa mula-mula untuk pemasangan ,juruteknik TM akan datang.TM akan buat pemasangan Broadband Termination Unit (BTU)



Selepas itu, barulah juruteknik MAXIS akan membuat pemasangan router dan telefon.



    
          Melalui pengalaman apa yang membezakan antara UNIFI dan MAXIS ni ialah pakej dan harga yang ditawarkan. Bagi saya MAXIS menawarkan pakej yang lebih murah berbanding UNIFI. Daripada segi prestasi saya merasakan tidak banyak perbezaan. Paling penting ialah teknikal support yang disediakan. Masa memula dahulu saya dapat merasakan teknikal support MAXIS memang bermasalah.Panggilan lambat atau tidak dijawab menjadi perkara biasa. Bahkan kita selalu ditinggalkan dengan lagu-lagu dan iklan yang tidak kita minati..haa..haa. TAPI itu DULU..sekarang jauh lebih baik.Pengguna tidak akan dibiarkan terlalu lama berada dalam keadaan begitu – ‘kosong’ tanpa internet. Jika anda buat panggilan kepada Maxis, dan ia berpunca dari masalah tetapan pelayar web atau tetapan peranti, anda akan dibantu sehingga berjaya melayari semula.

            Secara keseluruhannya memang jaranglah ada masalah dengan sambungan Internet oleh kedua-duanya.Saya menggunakan UNIFI selama hampir 3 tahun sebelum beralih kepada MAXIS FIBER sekarang (dah hampir 2 tahun) hanya 2 kali je mengalami gangguan..Tu pun dapat diselesaikan dalam masa yang cepat.Akhir sekali sebab utama saya memilih untuk bertukar kepada MAXIS ialah pakej dan harganya ..Sekian jumpa lagi



15 comments:

  1. Terkenang betul bunyi dial telefon apabila nak sambung ke internet.
    Dua-dua belum pernah pakai lagi.

    ReplyDelete
  2. Jika lancar akses internet begini, nyaman digunakan. Tak mengganggu kelancaran online.

    ReplyDelete
  3. saya dulu guna streamyx jugak. ni baru setahun guna unifi. Setakat ni tak de masalah dan internet pun laju je walaupun dalam rumah ada 4 orang guna internet sekali gus. Tak de masalah apa. Kalau streamyx dulu je la yang slow. sorang online yang lain tak boleh online. Hahha..

    ReplyDelete
  4. kita tak pernah pakai semua tu... kesian kan hehehhe.... kita pakai line celcom kat hp je

    ReplyDelete
  5. Kak Feni guna maxis untuk data internet hp. Sebelum ni guna umobile. Memang beza. Untuk internet rumah guna unifi lagi. Tengok pindah rumah baru. Kalau coverage hancus. Moh la kita tukar ke maxis pula.

    ReplyDelete
  6. Area bandar Maxis Fiber memang terbaik. Kebaboom meletop.

    ReplyDelete
  7. Masih blom ada keperluan utk home internet. Masih xde komplen pakai hotspot dr hp 😅

    ReplyDelete
  8. kdg2 terfikir nak upgrade ke digi infinite rm150/bln yg lebih laju drp unfilite ni tp sygnya nak bercerai dgn playtv...

    ReplyDelete
  9. Belum upgrade unifi. Masih streamyx lagi.unifi lambat nau nak sampai. Macam bagus je pakai maxis home fiber tu. kalau tak ada masalah okaylah.

    ReplyDelete
  10. GV pun macam tunggu masa nak tukar maxis fibre. unifi kadang kalau takde tenet maunya dekat 2,3 hari. upgrade turbo pun laju tenet takde beza pun.

    ReplyDelete
  11. di kawasan perumahan baru saya ni pun ramai yang guna Maxis.. saya belum lagi alih UNIFI rumah lama ke rumah baru jadi x sure lagi unifi ditmepat baru macam mana. hopefully ok jugala laju. hehe..

    ReplyDelete
  12. dah berbulan nak masuk unifi tapi huhuu tunggu unifi pasang kabel dulu sebab dah maximum dah kat kawasan rumah ni

    ReplyDelete
  13. Dua-dua saya tak pernah guna.. Sini tak berapa kuat dia punya tarikan..

    ReplyDelete
  14. Baru plan nk ambil maxis home fibre,tk pasti internet ok ke tk...

    ReplyDelete
  15. sy nk tnya, satu lorong sy ada ambil unifi, mana lebih bgus sy ambil unifi or fiber maxis ikut pandgn tuan.. pkej 100mbps harga yg sama bila 300mbps mxis lebih murah. mohon pndapat tuan

    ReplyDelete