Breaking

Sunday, June 28, 2020

Sesi Persekolahan Dalam Norma Baharu


Assalamualaikum dan Salam Sayang
         
            Setelah hampir 3 bulan  sesi persekolahan ditangguhkan akibat  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19,akhirnya pada 24 Jun 2020 sesi persekolahan telah dibuka semula. Tarikh tersebut merupakan satu tarikh yang telah mencatat sejarah di mana buat kali pertamanya sesi persekolahan bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam di negara kita telah bermula semula dalam norma baharu.

Bacaan doa

Beratur dengan mengamalkan penjarakan sosial
Sememangnya semua warga sekolah agak teruja untuk memulakan sesi persekolahan ini,kerana maklumlah kita terikat dengan pelbagai SOP ketat yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan semua..Pelbagai persoalan bermain di minda kerana bimbang segala persediaan sebelum ini tidak berbaloi.Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah diyakini berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penunjuk arah

My Sejahtera
 

Air bagi memastikan pelajar sentiasa mencuci tangan
Alhamdulillah..segala perancangan yang telah diatur berjalan dengan sebaiknya.Para pelajar memberikan sepenuh kerjasama.Mereka seakan-akan sudah faham situasi yang berlaku.Mematuhi segala arahan dan penunjuk arah yang telah disediakan..Terbaik..Anak-anak yang dengar kata.



Beratur untuk pulang

Antara SOP pembukaan semula sekolah yang ditetapkan kerajaan adalah pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah 


susunan meja bagi memenuhi SOP kementerian
Membeli makan di kantin
 Selamat kembali ke sekolah, SOP jangan dilupa








17 comments:

  1. Selamat kembali bertugas cikgu

    ReplyDelete
  2. wah suasana sekolah beda yang baru ya new normal :D

    ReplyDelete
  3. Anak sulung saya pun dh start sekolah demi SPM.. moga cikgu dan semua pelajar dilindungi Allah selalu..aamiin

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali ke sekolah cikgu.
    Tentu perasaan lain bila dah lama sekolah tutup dan memulakan semula dengan norma baharu.

    ReplyDelete
  5. Selamat bertugas kembali cikgu!

    ReplyDelete
  6. selamat kembali bertugas...

    ReplyDelete
  7. selamat kembali bertugas cikgu., ;p

    ReplyDelete
  8. Seronok la budak2 ni dah dapat sekolah. Anak2 saya sekolah rendah sorang, tingkatan 1 sorang.Hari2 tanya bila sekolah nak buka.

    ReplyDelete
  9. Selamat bertugas dalam norma baharu cikgu..😎

    ReplyDelete
  10. Selamat bertugas cikgu..sama2 mematuhi sop yg ditetapkan

    ReplyDelete
  11. Selamat bertugas cikgu..sama2 mematuhi sop yg ditetapkan

    ReplyDelete
  12. selamat kembali memulakan kerja dan pelajaran untuk murid tingkatan 5 dan guru-guru sekolah dengan cara norma baharu

    ReplyDelete
  13. welcome back to school cikgu! semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  14. selamat bertugas cikgu :)
    stay safe ya!

    ReplyDelete
  15. selamat bertugas cikgu. rasanya lagi bberapa minggu akan buka sekolah kan

    ReplyDelete
  16. Bagus semua ikut SOP. Selamat kembali bertugas cikgu.

    ReplyDelete