Breaking

Saturday, June 6, 2020

Pandangan Tentang Unifi Mobile

Gambar https://unifi.com.my/personal/mobile/postpaid


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kadang-kadang ada juga yang tanya kawasan rumah saya ada line streamyx je..boleh ke guna unifi mobile ni ? Sebenarnya unifi mobile dengan unifi broadband ialah 2 entiti yang berbeza. Unifi Broadband menggunakan fiber dan digunakan di rumah sebagai talian tetap. Manakala Unifi Mobile pula merupakan talian mudah alih seperti Maxis,Celcom. Unifi Mobilemenggunakan rangkaian 4G LTE mereka sendiri dan akan bertukar ke rangkaian celcom apabila tidak ada liputan unifi 4G LTE

Unifi Mobile sebenarnya berasal dari P1, kemudian dijenamakan semula dengan menggunakan nama WEBE dan bertukar kepada UNIFI sekitar tahun 2018.Masa pelancaran kita boleh memohon sehingga 5 sim secara percuma dengan 20GB data setiap satu sim.Yang paling best boleh pilih nombor.. Apa lagi terus sambar 5 sim. Nasib baik dah mohon  kerana sekarang dah kurangkan kouta sehingga 2GB sahaja dengan pendaftaran hanya satu kad sim sahaja.

APA YANG BEST bagi line prepaid kita tak perlu bimbang kerana tempoh kredit tak mati..tak payah sibuk-sibuk nak top up sebab tiada tarikh luput

TAK BEST bagi line prepaid pulak ialah pakej agak mahal berbanding telco lain dan itu menyebabkannya tidak sesuai untuk dijadikan talian utama

Pelan Data Prepaid




Pelan Panggilan Prepaid



DULU DAN SEKARANG

Berdasarkan pengalaman,dulu memang agak tak berapa nak best guna unifi moblie ni kerana liputan LTE 4G agak terhad. Kalau kena line 3G (tumpan Celcom) sabau je lah..sangat menyeksakan..lembab

Tapi sekarang sudah semakin baik..liputan LTE 4G sudah semakin meluas. Atas sebab itulah saya sudah beralih kepada UNIFI Mobile POSTPAID..Kena pulak dengan promosi pakej data dan panggilan tanpa had pada harga RM59 sebulan..Terus tergoda..

Sebenarnya pakej ini sudah lama. Pada awalnya, dibuka kepada pelanggan UNIFI HOME FIBER, kemudian TM memasarkan pakej baru ini kepada para guru yang dikenali sebagai  PEK JASA. Selepas itu dibuka kepada kakitangan awam dan akhirhya di buka kepada awam sebagai promosi penghujung tahun sehingga 31 Disember 2019 sahaja  tetapi  dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2020. Tak tamat lagi..lanjut sehingga 6 Jun 2020






speed test www.fast.com

Bagi saya  liputannya OK. Sekiranya anda selesa dengan kelajuan antara 5Mbps hingga 20Mbps maka ini untuk anda. Sekian,Terima kasih

13 comments:

  1. Wah sampai 5 kad sim dapat.
    Menarik. Tapi biasalah saya jenis setia. Tak tergugat lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  2. kalau line laju oklah,takut mcm masa
    PKP ni semuanya jadi slow.

    ReplyDelete
  3. Assalamuaikum cikgu badar, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    satu ulasan yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  4. saya pun guna unifi mobile RM59 ni...time pkp rasa kaya sebab ada hotspot sehingga 999GB, kongsi satu rumah...

    ReplyDelete
  5. menarik ni..tempoh kredit x tamat tu yg best

    ReplyDelete
  6. line internet skrg dh makin murah, laju

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cikgu. Wah, menarik tu. Walau line internet meluas, tapi area kawasan rumah saya masih sukar dapat line.heheheh... Setakat ni coverage by Celcom je mampu menembusi line kawasan rumah. hehehe

    ReplyDelete
  8. dulu ada org dtg kempen line ni di sek tp x rela bertukar dari Digi.

    ReplyDelete
  9. data tanpa had tu yg best..

    ReplyDelete
  10. ingatkan sama unifi broadband dgn mobile ni. tapi saya tetap setia dgn digi, kdg2 internet lagi laju dari line unifi rmh

    ReplyDelete
  11. baru tahu ada unifi mobile. almaklumlah belum upgrade unifi lagi. entah bila nak ada sambungan unifi tak tahu lah. jenuh menunggu. apply lama dah.

    ReplyDelete