Breaking

Sunday, June 14, 2020

Kelas Online


Google classroom from Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur setelah lebih tiga bulan,akhir akh sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020. Alhamdulillah..

Sepanjang tempoh itu, pelbagai cara atau medium yang telah digunakan oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru-guru yang nak pencen, yang tak minat teknologi, yang buta IT nak tak nak terpaksa akur dengan kemajuan teknologi.


Tapi bagi saya, secanggih mana pun teknologi tetapi masih ada beberapa perkara yang tidak dapat menyamai kaedah tradisional. Memang betul teknologi banyak memudahkan banyak perkara. Tapi mengajar secara atas talian ini tiada kepuasan untuk diri saya.

Bukan semua pelajar mempunyai kemudahan seperti laptop, komputer atau telefon pintar. Kemudian masalah capaian Internet, kemahiran sedia ada guru-guru dan pelajar merupakan halangan.

Kepuasan sebenar ialah apabila kita dapat menyantuni setiap pelajar kita. Dapat bertentang mata dan bersua muka untuk bertanya masalah mereka dan 'membelai' mereka. Bagi saya itu lah kepuasan sebenarnya


15 comments:

  1. betul. tetap ada kekangan sama ada pada guru / anak murid
    nak sediakan LP n nak pastikan objektif tercapai mmg ujian..

    ReplyDelete
  2. Mengajar depan mata lagi memuaskan.

    ReplyDelete
  3. lebih suka bersemuka dgn murid2 sbb di kg2 mrka x cukup duit nak topup data..

    ReplyDelete
  4. Tak semua murid akan on camera bila online. Siapa tahu mungkin ada murid yang tidur semasa kelas online kan? :)

    ReplyDelete
  5. bila online kelas ni tak puas.. tak tau apa student tengah buat sebenarnya.. tu satu.. satu lagi, kadang2 diorg tak ada device atau kuota... itu lagi susah

    ReplyDelete
  6. setuju , lagi lah macam aiyan kelas online cikgu banyak bagi kuiz dan tugasan melukis... memang dia seronok tapi tak seseronok dia buat kerja depan cikgu dan kawan-kawan

    ReplyDelete
  7. x semua murid berkemampuan ada komputer, kemudian ada internet laju.,

    ReplyDelete
  8. mmg tak sama tapi takpelah asal dpt belajar kira OK la kan

    ReplyDelete
  9. Setuju, lebih terasa berlakunya penyampaian ilmu pada pelajar bila mereka depan mata <3

    ReplyDelete
  10. Online teaching memudahkan pdp, tapi kepuasan mengajar bila dapat face-to-face dengan student. Rasanya semua pengajar macam tu 😌

    ReplyDelete
  11. Saya kurang suka dengan pengajaran secara online ini.. Tambahan pula bila subjek tu bukan kepakaran ibu bapa untuk diterangkan kepada anak-anak.. Ada subjek yang memerlukan penerangan secara berdepan demi kefahaman anak-anak..
    Pandangan sayalah..

    ReplyDelete
  12. saya memang tak suka sangat kelas online ni, anak anak kurang minat nak layan kelas online memandangkan anak anak saya jenis budak kampung yang lebih gemar habiskan masa bermain di luar rumah berbanding nak layan komputer sangat. dorang layanlah juga kalau tengok movie kegemaran dorang.

    ReplyDelete
  13. syukur anak2 masih lagi boleh menuntut ilmu walaupun zaman sukar ni

    ReplyDelete
  14. setuju..cara pembelajaran tradisional rasanya lebih berkesan tetapi syukurlah dengan segala teknologi yg ada sekarang ni. takdelah anak-anak ketinggalan dalam menimba ilmu.

    ReplyDelete