Breaking

Tuesday, June 2, 2020

Caj Penggunaan Elektrik Dalam Kalangan 5 Negara Asia

Pendingin hawa  merupakan satu keperluan bagi hampir semua orang terutamanya bagi mereka yang tinggal di negara beriklim panas.

Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup menanggung kos bil elektik yang tinggi demi keselesaan mereka terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi pada musim PKP ni..sudah tentu bil elektrik semakin meningkat kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

      Ramai antara kita yang beranggapan bahawa takrif di negara kita tinggi. Akan tetapi  jika dibandingkan dengan lima negara Asia, Malaysia masih boleh dikatakan antara negara yang mengenakan takrif yang berpatutan.



Gambar hiasan
1. JEPUN

Pada tahun 2011 telah berlaku  gempa bumi Tohoku di Fukushima menyebabkan bekalan tenaga di Jepun melalui zaman malap dan terjejas teruk disebabkan penutupan loji nuklear Fukushima.

Tragedi itu telah menyebabkan Jepun yang selama ini meletakkan 30% kebergantungan mereka untuk sumber elektrik daripada nuklear, terpaksa mencari jalan lain. 

Insiden Fukushima menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap kepenggunaan tenaga nuklear mula merudum, Sehingga bulan Mei tahun 2019, hanya 5 pusat janaan kuasa nuklear di Jepun dibenarkan beroperasi, berbanding 39 sebelum bencana bagi memastikan insiden tidak berulang.

Situasi ini meningkatkan kos bekalan elektrik di Jepun disebabkan kesukaran untuk mereka menampung bekalan, diburukkan lagi dengan pelarasan harga yang dibuat setiap bulan bergantung kepada harga minyak dunia.

Untuk setiap 1kWh di Jepun, harga yang dibayar adalah sekitar RM1.21 bagi pengguna kediaman.





2. FILIPINA

Badan pembekal elektrik utama negara Filipina ialah  Meralco. Filipina memerlukan pelarasan tarif elektrik dilakukan pada setiap bulan di negara tersebut.

Lebih memburukkan situasi, bukan saja tarif tinggi serta kerap berubah dilaksanakan, warga Filipina turut sama berdepan dengan pertambahan 12% cukai penggunaan ke atas jumlah bil mereka setiap bulan.

Oleh kerana pelarasan terlalu kerap dijalankan ke atas kadar 1 kWh penggunaan di Filipina, agak sukar untuk kita mendapatkan angka yang tepat tentang harga yang perlu dibayar. Sebagai contoh pada bulan Mei tahun 2020, setiap 1kWh akan dikenakan caj RM0.75, turun daripada kadar bulan April 2020 iaitu RM0.77 sen untuk 1kWh.




3. SINGAPURA

Singapura melaksanakan sistem OEM atau Open Electricity Market di mana 12 lagi pembekal dibenarkan bersaing dengan badan utama sebelum itu, Singapore Powers (SP) bagi membantu menurunkan kos.

Sehingga bulan April 2020, terdapat 12 syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik.Situasi ini membolehkan para pengguna memilih pembekal yang digemari oleh mereka. Oleh sebab terdapat banyak saingan ,syarikat-syarikat mula menawarkan bekalan mengikut pakej yang ditetapkan, sama ada melalui perjanjian harga 1kWh kekal sepanjang durasi atau untuk kontrak lebih panjang, harga yang lebih rendah dapat ditawarkan.

Ada juga pembekal yang menawarkan harga tetap tanpa had untuk kadar bulanan membolehkan pengguna mengguna sebanyak mana elektrik tanpa perlu lagi bimbang dengan amaun bil yang bakal diperolehi.

Secara purata, untuk setiap 1kWh elektrik yang digunakan, pengguna di Singapura perlu membayar di antara RM0.53 ke RM0.55 sen, sekiranya menggunakan pelan kiraan biasa. Harga tarif standard yang diselia oleh SP sebagai harga siling adalah RM0.71 sen.



4.HONG KONG

Dua badan utama penyelia elektrik utama iaitu HK Electric (HKE) dan China Light and Power (CLP). Kedua-duanya beroperasi membekal tenaga di kawasan berbeza, dengan CLP bertanggungjawab di Kowloon serta majoriti kawasan yang baru dibuka sementara HKE pula membekal kepada Pulau Hong Kong, Ap Lei Chau dan Pulau Lamma.

Kerajaan Hong Kong mengumumkan subsidi maksima sebanyak HK$2,000 setahun untuk pengguna kediaman dan HK$5,000 untuk perniagaan bermula Januari 2020.

 Melaluipenawaran subsidi ini, pengguna HKE perlu membayar RM0.34 untuk setiap 1kWh bagi 150 unit pertama. Bagi pengguna di kawasan CLP, mereka perlu membayar harga lebih tinggi iaitu RM0.48 sen untuk 1kWh bagi 400kWh pertama.



5.THAILAND

Tenaga elektrik diselia oleh sebuah badan di bawah Kementerian Tenaga Thailand yang dinamakan EGAT atau Electrical Generating Authority of Thailand sejak tahun 1969.

Bagi setiap satu kilowatt per jam (kWh), rakyat negara itu perlu membayar 3.817 baht atau RM0.52 sen. Jika dibandingkan dengan kita yang membayar RM0.109 untuk 200kWh pertama, rakyat Thailand perlu membayar lebih RM0.411 sen untuk jumlah unit yang sama.

      Begitulah bagaimana mahalnya caj kegunaan elektrik di 5 negara Asia ini jika dibandingkan dengan kita, yang hanya dikenakan caj RM21.80 untuk 200kWh pertama atau RM0.109 untuk 1kWh.


7 comments:

  1. Tulah kena bersyukur apa kita dapat/ada.

    ReplyDelete
  2. Sebab tu kena bersyukur. Sama2 bangunkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  3. Kan. Bersyukur. Ok lagi setakat ni bil eletrik walaupun kerap guna aircond apa semua

    ReplyDelete
  4. rumah tak ada aircond
    so elektrik tak mahal sangat :)

    ReplyDelete
  5. tulah, kadang saya pelik rumah ada ekon, kipas pastu ramai pengguna kalau tinggi bil letrik biasalah tu... lainla kalau duduk ber2 je, dan dua-dua kerja ada ekon apa semua pun tak setinggi family punya bil... itu pun kadang ada yang bising-bising bil tinggi, dan guna kene lah bayar bagi saya hehehe..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah syukur tariff kita ok lagi

    ReplyDelete
  7. Betul, bersyukurlaaa kita di malaysia

    ReplyDelete