Cucian kering telah lama wujud iaitu sejak zaman Rom ketika mana amonia digunakan untuk membersihkan pakaian diperbuat daripada bulu kambing biri-biri dikenali sebagai toga. Bahan kimi ini digunakan untuk mengelakkan penyusutan yang berlaku apabila bulu tersebut terkena air panas. Seterusnya, teknik cucian kering berubah menggunakan pelarut berasaskan petroleum seperti petrol dan minyak tanah yang terbukti sangat mudah terbakar dan berbahaya untuk digunakan.

Menjelang tahun 1930-an, penggunaan pelarut berklorin seperti perchlorethylethyl atau tetrachlorethylene mula digunakan. Kedua-dua ini mempunyai bau kimia yang agak kuat dan tersangat berkesan, serta masih digunakan oleh banyak syarikat pencuci komersial pada hari ini. Pada tahun 1990-an, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mula mengaawal bahan kimia cucian kering dan mendorong pembersih komersial untuk menggunakan pelarut yang lebih selamat dan lebih mesra alam.