Breaking

Sunday, May 31, 2020

Robot Dari PAL Robotics Akan Menggantikan Petugas Barisan Hadapan

Gambar :https://spectrum.ieee.org/
   Covid-19 telah menjadi pandemik di seluruh dunia. Virus Covid-19 ialah sejenis virus yang sangat berbahaya.Virus ini telah membunuh ramai orang tak kira bangsa atau agama. Virus ini boleh menjangkiti orang ramai melalui sentuhan. Oleh itu orang ramai dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung, menjaga penjarakan sosial ,kerap mencuci tangan dan duduk di rumahi. Akan tetapi cuba kita bayangkan petugas barisan hadapan yang cuba membendung virus ini? Mereka sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan mereka yang telah dijangkiti.


Gambar :https://spectrum.ieee.org/

Terkini, akan ada robot yang boleh menggantikan petugas-petugas ini. Ini kerana syarikat PAL Robotics telah menemui cara untuk menghasilkan robot yang mampu menggantikan dan membuat tugasan-tugasan ini. Idea mereka adalah dengan robot ini, tugasan akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lebih pantas dan nyawa dapat diselamatkan. Salah satu model robot yang mereka boleh gunakan untuk membantu membendung Covid-19 adalah ARI. ARI atau nama lainnya adalah Artificial Robot Intelligence adalah sebuah robot sosial yang boleh berinteraksi dengan manusia. PAL Robotics telah bekerjasama dengan 7 organisasi termasuk ERM Automatismes Industriels, Heriot-Watt University, dan University of Trento untuk projek SPRING yang mana mengubahsuai ARI kepada robot yang mampu berinteraksi dengan dialog yang lebih kompleks.

ARI ini juga boleh dikawal dari jarak jauh, agar petugas boleh berinteraksi dengan pesakit dengan lebih selamat. Bukan itu sahaja, mereka turut merancang untuk sertakan lampu UV untuk membunuh virus dan bakteria. Model dengan lampu UV ini, TIAGo (take it and go) Disinfection boleh dihantar ke hospital dan hanya dengan sekali pantulan cahaya UV boleh terus membunuh kuman-kuman. Perisian yang digunakan pada ARI boleh tanya soalan pada pesakit mengenai simptom-simptom – agar petugas tidak perlu berdekatan dengan pesakit. Ia turut boleh diintegrasi dalam platform e-kesihatan untuk mendapatkan data-data pesakit. Sensor suhu infra-merah turut akan diintegrasikan untuk mengimbas suhu pesakit.


RUJUKAN

4 comments:

  1. Lebih selamat barisan hadapan nanti

    ReplyDelete
  2. langkah keselamatan buat frontliner kan, singgah dah follow ckgu di sini 1126

    ReplyDelete
  3. Seronok ada robot ni gantikan tugas barisan hadapan.

    ReplyDelete
  4. inovation yang sgt berguna, aritu tgk robot jadi server dari room ke room makanan pesakit covid19.

    ReplyDelete