Breaking

Thursday, May 28, 2020

Produk Jenama China Yang Sudah Menguasai Pasaran Malaysia

Apa  benda ni ?...made in China, buatan China…dahulu masyarakat sering memandang rendah terhadap barangan buatan atau keluaran China. Barangan buatan China dianggap tidak berkualiti serta mudah rosak.Begitu remdahnya martabat barangan keluaran China suatu masa dahulu.

Masa berlalu…persepsi itu telah berubah kini.China berjaya merubah persepsi tersebut. Sedar atau tidak produk keluaran China telah menguasai pasaran di negara kita.Lihat sahaja di Shopee atau Lazada, berapa banyak produk keluaran China..Bermacam-macam jenis barangan keperluan dan mendapat permintaan daripada masyarakat di negara kita



Gambar Hiasan
1.Telefon


Produk jenama China yang paling berjaya memecah pasaran negara kita ialah telefon, Jenama seperti Nokia, Samsung, Sony serta Apple yang lebih sinonim sebagai jenama rebutan mula tergugat dengan kemasukan produk dari China ini. Mereka menggunakan taktik pemasaran yang menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga tak masuk akal.

Jenama Huawei yang sebelum ini hanya dikenali sebagai jenama modem mula mendapat tempat. Jenama Oppo dan Vivo melancarkan taktik pemasaran agresif menggunakan hak penajaan acara-acara besar dunia bagi menjual nama mereka. Xiaomi dan OnePlus mempunyai peminat setia yang dibentuk bertahun lamanya. Jenama kurang disebut seperti Meizu pun masih mampu bertahan di pasaran kita.

Lambakan jenama telefon pintar China ke Malaysia merupakan satu fenomena perubahan permintaan yang menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Bagusnya ada persaingan kerana pengguna mendapat pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan


Gambar Hiasan

2 Kereta
Jenama China ni macam jenama keluaran negara Jepun pada tahun 80-an dahulu. Ketika itu masyarakat mengejar dan memilih  sangat jenama dari Europa macam alfa romeo, fiat, mercedess. Jenama Jepun ni orang kata lekeh dan tak berkualiti..Usaha membawa masuk kereta China sudah lama bermula,Namun kebanyakan kereta mereka dikritik ketinggalan dari segi rekaan serta teknologi.

Jenama seperti Cherry, Changan dan Borgward gagal mendapat sambutan meriah, sebelum Great Wall dan Haval berjaya bertapak dengan lebih kukuh; namun masih belum layak ditabal berjaya memecah pasaran.

Kerjasama di antara Geely dan Proton harus diakui sangat membantu dalam menghapuskan stigma rakyat Malaysia tentang kereta China, membuatkan model-model jenama Geely yang kini dipasarkan sebagai Proton menjadi idaman peminat kereta nasional.




5 comments:

  1. Mama.kereta tu mama x familiar. Tapi oppo tu mmg familiar sgt sebab go mama oppo hihi

    ReplyDelete
  2. suka beli accessories perhiasan tipon dari china sebab murah dan cantik2. barang2 tuk kesenangan didapur pun suka dari china ni, tapi if brg elecktrik tak berani beli sebab takda sirim

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Cikgu Badarudin.
    Pengajarankita boleh dapat, sifat tak mudah putus asa, akhirnya dapat juga tempat di hati pengguna.

    ReplyDelete
  4. masih ada juga barangan daripada China yang tak berkualiti

    ReplyDelete