Banyak kelebihan cucian kering berbanding cucian biasa. Perbezaan paling penting antara kedua-kedua kaedah cucian ini adalah proses pelbagai langkah yang disebut sebagai "pre-spotting". Ia merupakan satu langkah cucian di mana ahli profesional mungkin menggunakan vakum, wap dan panas bagi mempersiapkan kawasan kotoran untuk dibersihkan.

Bukan semua kotoran adalah sama, jadi sangat penting untuk pakaian dirawat terlebih dahulu mengikut jenis kotoran dan kain bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.


Sekiranya kotoran berat seperti lumpur atau minyak tidak dirawat dengan betul menggunakan penghilang kotoran sebelum melakukan kontak dengan air, maka ia mungkin akan secara tidak sengaja menjadikan kotoran tersebut terserap ke dalam pakaian membuatkannya lebih sukar untuk ditanggalkan. Hasilnya, cucian kering boleh menjadi pilihan rawatan alternatif bagi kotoran yang sukar dicuci menggunakan cucian tradisional.


Fabrik halus seperti sutera dan bulu kambing biri-biri adalah sangat sensitif dan perlu dicuci secara kering. Serat rapuh ini boleh mengecut atau kehilangan bentuknya ketika bersentuhan dengan air. Sebaliknya, bahan tahan lama seperti kapas dan poliester boleh dibersihkan dengan kaedah pencucian tradisional tanpa berhadapan dengan risiko kerosakan. risiko perubahan.

Manakala bagi fabrik cashmere pula, ia boleh dicuci menggunakan cucian kering atau dibasuh dengan tangan secara basah menggunakan sabun cucian.


Rujukan;
What is Dry Cleaning?