Istilah "dry cleaning" atau cucian kering agak mengelirukan dan ramai yang tidak mengetahui apa maksud sebenarnya. Dalam istilah yang paling mudah, cucian kering adalah proses membersihkan pakaian tanpa menggunakan air. Namun, proses cucian ini masih melibatkan cecair iaitu selain daripada air. Cucian kering merujuk kepada proses mencuci pakaian dan fabrik menggunakan pelarut kimia yang mengandungi sedikit atau tiada air.


Ini kerana air boleh merosakkan sesetengah fabrik, seperti kapas, kulit dan sutera. Malah, mesin basuh juga boleh menyebabkan kerosakan pada butang, renda, labuci dan hiasan halus yang lain. Jadi, proses cucian kering dihasilkan di mana ketika mencuci permukaan atau fabrik, pelarut yang digunakan tidak menembusi serat fabrik seperti air dalam mesin basuh. Cucian kering biasanya melibatkan pakaian dan kain yang tidak tahan dengan ketegaran mesin basuh standard.


Proses ini mengekalkan kualiti fabrik dan membantu mencegah penyusutan serta regangan. Ia juga boleh menjimatkan masa di mana anda tidak perlu mencuci pakaian menggunakan tangan.

Rujukan