Pengarah animasi popular, Tom & Jerry, Gene Deitch meninggal dunia di apartmennya di Prague, Republik Czech.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit siri berkenaan, Petr Himmel yang menyatakan mendiang meninggal dunia secara mengejut.

Punca kematian beliau belum dilaporkan setakat ini.

Deitch, 95, mula terkenal menerusi animasi yang memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Animasi Terbaik, Munro pada September 1960.

Selain mengarahkan 13 episod animasi "Tom and Jerry", Deitch juga terlibat sebagai pengarah untuk beberapa siri "Popeye the Sailor".

Pada tahun 2004, beliau telah menerima Anugerah Winsor McCay atas sumbangan sepanjang hayatnya dalam bidang animasi.

Selain mengarahkan 13 episod animasi "Tom and Jerry", Deitch juga terlibat sebagai pengarah untuk beberapa siri "Popeye the Sailor" - Foto Twitter/@PopBase