Breaking

Thursday, February 22, 2018

SAYA SEORANG GURU JADUAL WAKTU


Setiap guru memang 'mengidamkan' jadual waktu yang 'cantik', 'best', 'cun', 'terbaik' dan seumpamanya. Pengalaman saya, walaupun  perisian Winjaws ini secara automatik menjana jadual waktu setelah saya key-in semua data yang diperlukan, namun saya masih perlu murnikan secara manual  jadual tersebut supaya semua guru mendapat jadual waktu yang tidak 'melelahkan' atau kurang 'melelahkan'. Penjanaan jadual terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Sesungguhnya proses itu memenatkan dan meletihkan akal dan minda.

Kadang-kadang bila kita ubah jadual waktu seorang guru untuk menjadikan ia lebih baik susunannya, guru lain pula yang terkena dan terpaksa menerima hasil buangan sisa guru lain...

Terima kasih kepada  rakan-rakan guru  yang memahami..Nasib baik sekarang dah ada pembantu yang sangat cepat belajar dan begitu bersemangat..Cikgu Mohd Zaki dan Pn Norhidayah..Terima kasih juga kepada pihak pentadbir yang begitu memahami...

8 comments:

  1. but i know jadi cikgu pun tersangatlah penat

    ReplyDelete
  2. Kawan saya juga guru jadual waktu. Walau stress dia tetap berusaha menjana jadual waktu yg terbaik untuk semua guru.

    ReplyDelete
  3. Setiap tahun mmg Ada b erapa Kali tukar jadual.waktu. kalau boleh seeloknya biarlah tak terlalu byknsubjek dlm sehari. Kesian budak bw buku byk

    ReplyDelete
  4. tanggungjawab berat ni.. bukan senang...

    ReplyDelete
  5. semoga sentiasa kuat dan jadi guru yang hebat :)

    ReplyDelete
  6. CF yang buat jadual waktu prasekolah pon pening. huhuhu.
    btw, good job cikgu bada.

    ReplyDelete