Assalamualaikum semua!
Selamat berhujung minggu... Apa khabar?
Memandangkan ramai yang dah Tablet Lenovo percuma, saya nak kongsikan beberapa apps yang menarik dan patut korang download simpan dalam tablet tu... Sebenarnya ada banyak lagi apps-apps yang FREE, menarik tertarik dan sesuai dengan pendidikan, saya tak la senaraikan semua, kalau ada apps yang best untuk dikongsikan, share kat ruangan komen ye
Satu
Photo Maths
Aplikasi ini membenarkan anda mengimbas gambar yang mengandungi soalan matematik, secara automatik perkiraan akan dibuat dan jawapan akan dipaparkan sekali dengan jalan kerja!
Dua
CamScanner
Aplikasi ini berfungsi sebagai scanner. Anda snap (ambil gambar) sahaja dokumen yang hendak di scan, ia akan bertukar menjadi format pdf atau jpeg... Dokumen yang telah di scan tersebut boleh disebar luas melalui email dan lain-lain media sosial
Tiga
Kamus English Malay-Malay English
Oxford Dictionary
Aplikasi ini amat berguna untuk semua guru terutama guru Bahasa.
Empat
ejawi2u
Aplikasi ini adalah untuk menukar perkataan rumi kepada jawi. Yang ni berguna untuk anak-anak juga! :)
Lima
RealCalc
Anda tidak lagi memerlukan kalkulator scientific dengan adanya aplikasi ini dalam tab anda.
Enam
Untuk orang yang tak begitu meminati bidang fotografi , tapi nak edit gambar cantik-cantik nampak macam guna kamera mahal DSLR,
Tujuh
Aplikasi ni best digunakan sekiranya ada ada membuat aktiviti dengan murid. Ada elemen gamifikasi juga. Ada dadu, random number, roulette dan macam-macam lagi... Nak tentukan pemenang, lucky draw... Superb!
Lapan
Mirroring 360 Sender
Aplikasi ini adalah untuk memaparkan tab/telefon anda dalam laptop